Idris Jala

KUALA LUMPUR – Kerajaan melantik Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak bebas untuk mengenalpasti fakta kes dan membuat cadangan bersabit keputusan FGV menggantung CEO, CFO dan dua yang lain.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikan Idris dipersetujui semua pihak teribat.

Pihak yang mempersetujui pelantikan itu ialah Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad, Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad dan CFO FGV, Ahmad Tiffi Mohd. Talha.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast