Penduduk Qatar membanjiri pasar raya untuk mendapatkan bekalan makanan. foto Agensi

DOHA – Qatar sedang berunding dengan Iran dan Turki untuk mendapatkan bekalan makanan dan air berikutan kekurangan bekalan selama dua hari selepas pembekal terbesar, Emiriyah Arab Bersatu dan Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara itu.

“Kami sedang berbincang dengan Turki dan Iran dan negara-negara lain,” kata seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan.

Bekalan-bekalan itu akan dibawa masuk melalui penerbangan kargo Qatar Airways.

Pegawai itu berkata, setakat ini bekalan bijirin di negara dapat bertahan selama empat minggu dan kerajaan juga mempunyai rizab makanan strategik besar di Doha. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast