Pesawat Airbus A380 milik Singapore Airlines.

CANCUN, Mexico – Singapore Airlines dijangka melakukan pembuangan pekerja sebagai sebahagian daripada semakan perniagaan ke atas syarikat penerbangan terbesar Asia Tenggara itu berikutan kerugian mengejutnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Goh Choon Phong memberitahu Reuters, kakitangannya sedar mengenai kemungkinan berlakunya pembuangan pekerja itu.

Kumpulan tersebut mempunyai purata 24,350 pekerja setakat akhir Mac 2016 termasuk syarikat bersekutu dan anak syarikatnya.

Ada pekerjaan yang sudah tidak relevan manakala ada juga pekerja yang memerlukan kemahiran baharu untuk tugas-tugas lain, katanya sambil menambah masih terlalu awal untuk memberitahu jumlah kakitangan yang bakal dibuang, kata Choon Phong.

Proses semakan yang merangkumi jumlah pesawat dan rangkaian syarikat tersebut telah dimulakan sejak lebih enam bulan lalu dan Singapore Air telah melantik penasihat luar untuk membantu.

Singapore Air yang dilaporkan mengalami kerugiaan sukuan buat pertama kalinya dalam tempoh lima tahun berada dalam keadaan tertekan untuk mengurangkan kos dan mengubah perniagaannya di sebalik persaingan sengit daripada syarikat-syarikat penerbangan serantau dan Asia Barat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast