SAN FRANCISCO – Uber Technologies telah memecat 20 orang pekerjanya dan dalam usaha untuk memperbaiki latihan pengurusan susulan siasatan oleh sebuah firma guaman, Perkins Coie berhubung dakwaan gangguan seksual dan dakwaan-dakwaan lain berkaitan dengan syarikat tersebut
Firma guaman itu bekerjasama dalam siasatan yang lebih luas oleh bekas Peguam Negara Amerika Syarikat, Eric Holder ke atas budaya dan amalan syarikat itu.
Perkins Coie telah menyiasat aduan 215 kakitangan sejak 2012 dan menurut Uber, ia telah mengambil tindakan terhadap 58 kes dan tiada tindakan untuk lebih 100 kes lagi.
Siasatan bagi aduan-aduan lain masih dijalankan.
Daripada 215 aduan, Uber berkata 54 daripadanya adalah berkaitan dengan diskriminasi, 47 berkaitan gangguan seksual, sikap tidak profesional (45), buli (33) dan aduan-aduan lain (36).
Tambahnya, kebanyakan aduan datang daripada kakitangan yang bekerja di ibupejabat Uber di San Francisco.
Isnin lalu, Uber mengumumkan pelantikan professor Harvard Business School, Frances Frei untuk melatih semua pengurus dan melaporkan kepada Ketua Eksekutif Uber, Travis Kalanick.- MalaysiaGazette