LONDON – Manchester United dilaporkan telah meningkatkan jumlah tawaran dalam perebutan bagi mendapatkan penyerang, Alvaro Morata yang turut dibida Chelsea dan Arsenal sebelum ini.
Daily Mail mendedahkan, Manchester United telah membuat tawaran baharu bernilai £60 juta untuk mendapatkan pemain antarabangsa Sepanyol itu.
Tawaran awal United berjumlah £52 juta sebelum ini ditolak Real Madrid selepas pemain berkenaan turut menjadi rebutan Chelsea dan Arsenal.
Mourinho dikatakan berminat untuk mendapatkan Morata yang berjaya menjaringkan 22 gol sepanjang musim ini.
Dalam bidaan terbaru itu, Mourinho juga enggan memberi tambahan atau bonus kepada Real jika persetujuan dicapai.
Kelab gergasi Sepanyol itu didakwa menuntut United menyerahkan David De Gea dan tambahan £78 juta jika mahukan Morata. – MalaysiaGazette