Sumber tentera mengesahkan kepada AFP yang kapal mencari dan menyelamat telah menemukan beberapa serpihan pesawat di lautan selepas sejam pesawat tersebut terbang ke Yangon yang merupakan pusat komersial Myanmar.

YANGON – Serpihan pesawat tentera Myanmar yang dilaporkan hilang bersama lebih 100 anggota tentera dan ahli keluarga mereka ditemui di Lautan Andaman, menurut pegawai tempatan.

Kapal tentera laut dan udara telah memulakan pencarian sejak petang semalam selepas pesawat tersebut dilaporkan terputus hubungan dengan pengawal lalu lintas udara.

Beberapa orang kanak-kanak dipercayai antara penumpang di dalam pesawat yang terbang dari selatan Myeik ke Yangon itu.

“Kini mereka telah menemukan beberapa serpihan pesawat yang rosak di lautan kira-kira 128 kilometer dari bandar Dawei,” kata pegawai pelancongan di Myeik, Naing Lin Zaw sambil menambah pasukan tentera laut masih meneruskan pencarian.

Sumber tentera mengesahkan kepada AFP yang kapal mencari dan menyelamat telah menemukan beberapa serpihan pesawat di lautan selepas sejam pesawat tersebut terbang ke Yangon yang merupakan pusat komersial Myanmar.

Pejabat ketua komander berkata, pesawat tersebut terputus hubungan kira-kira 1.34 petang, bagaimanapun terdapat konflik mengenai jumlah penumpang.

Katanya, angka terkini dilapporkan adalah 106 penumpang yang terdiri daripada 106 anggota tentera dan ahli keluarga mereka serta 14 lagi krew penerbangan.

Empat kapal tentera laut dan dua pesawat tentera udara telah digerakkan untuk misi mencari pesawat tersebut yang dilaporkan telah terbang melebihi paras  5,486 meter.

Cuaca dilaporkan elok ketika pesawat  tersebut dilaporkan hilang. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast