SPRM tinggalkan Menara Felda selepas 8 jam siasatan

KUALA LUMPUR- Setelah lapan jam sejak pukul 10 pagi akhirnya sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula meninggalkan Menara Felda pada jam 6 petang tadi.

Antara yang dibawa oleh mereka keluar daripada pejabat Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad ialah tiga beg bimbit, empat bekas kotak dan beberapa bungkus plastik dokumen dipercayai berkaitan FGV.

Pegawai Kanan SPRM, Sazrul Sazreen yang mengetuai siasatan hari ini bagaimanapun hanya mengunci mulut berkenaan siasatan yang dibuat sepanjang lapan jam hari ini.- MalaysiaGazette