Iklan Watsons Malaysia didakwa mendiskriminasi warna kulit.

KUALA LUMPUR – Selepas menerima kritikan netizen berkaitan iklan kontroversi Lagenda Cun Raya yang didakwa mendiskriminasi warna kulit dan perkauman, Watsons Malaysia (Watsons) hari ini tampil dengan permohonan maaf.

Rangkaian jualan barangan kosmetik itu juga telah menarik iklan tersebut.

Dalam Facebooknya, Watsons berkata, bukanlah tujuan syarikat itu untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Watsons memaparkan video jalan cerita tentang lagenda Dayang Senandong, seorang wanita yang dilahirkan dengan kulit gelap tetapi bersuara lunak.

Seorang raja kemudian jatuh cinta dengan Dayang Senandong kerana suara dan kecantikan dalaman. Akhirnya, sumpah terhadapnya ditarik balik selepas Dayang Senandong melahirkan seorang putera.

“Kami minta maaf kerana ada penyokong yang berasa tersinggung dengan video yang bukan menjadi niat kami,” katanya.

Syarikat itu berkata, video itu dipaparkan untuk menyerlahkan lagenda dan nilai-nilai moral iaitu kecantikan dan cinta sejati.

Bagaimanapun, Watsons berkata, pihaknya mengambil maklum balas penyokong dengan serius. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast