Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia mempersoalkan aktiviti luar biasa (UMA) kepada JF Technology yang mana harga sahamnya meningkat 100 peratus sejak bulan lepas.

Dalam kenyataannya di Bursa Malaysia, pengawal atur itu mempersoalkan “peningkatan mendadak harga” saham syarikat tersebut baru-baru ini.

Bursa Malaysia meminta syarikat tersebut menjawab sama ada terdapat sebarang perkembangan korporat terhadap perniagaan kumpulan berkenaan yang tidak diumumkan yang mungkin melibatkan aktiviti dagangan termasuk yang masih di peringkat rundingan atau perbincangan.

Sehingga hari ini, saham JF Technologi melonjak empat kali ganda daripada paras terendah 45 sen pada 3 Januari 2017.

Syarikat pengeluar produk elektronik itu merekodkan untung bersih sebanyak RM1.56 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017 berbanding kerugian bersih RM761,000 tempoh sama tahun lalu didokong peningkatan jualan eksport dan pengukuhan dolar Amerika Syarikat berbanding ringgit.- MalaysiaGazette