LONDON – Perdana Menteri, Theresa May sedang berjuang habis-habisan untuk mempertahankan jawatannya hari ini selepas pengundi-pengundi British membuat keputusan yang menafikan mandat kukuh yang diterimanya semasa mengendalikan rundingan Brexit.
Keputusan tersebut turut melemahkan penguasaan parti beliau.
Tanpa pemenang yang jelas selepas pilihanraya semalam, Theresa menunjukkan beliau akan terus berjuang meskipun kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri.
Pesaingnya dari Parti Buruh, Jeremy Corbyn mendesak Theresa untuk meletakkan jawatan.
Dengan 643 daripada 650 kerusi yang diumumkan, Parti Konservatif telah memenangi 313 kerusi dan sekali gus menyaksikannya gagal untuk mencapai paras 326 yang membolehkan parti tersebut mendapat undi majoriti.
Parti Buruh menang 260 kerusi.-MalaysiaGazette