KUALA LUMPUR – Zainal Abidin Jamal dilantik sebagai Pengerusi Maybank Islamic Bhd. berkuatkuasa 1 Jun.

Dalam kenyataannya, Maybank Islamic berkata, Zainal Abidin, 63, merupakan pengarah bank tersebut sejak 28 Januari 2010.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah Maybank daripada Julai 2009 sehingga April 2014 sebelum menyertai Maybank Islamic.

Zainal Abidin yang merupakan seorang peguam korporat dan komersial memiliki firma guaman sendiri, Zainal Abidin & Co pada 1987 yang mana beliau masih kekal sebagai rakan kongsi kanan.- MalaysiaGazette