Preet Bharara

WASHINGTON – Seorang bekas pendakwa persekutuan terkemuka di New York telah mendedahkan beliau dipecat oleh Donald Trump selepas menerima beberapa panggilan telefon yang luar biasa daripada presiden.

Preet Bharara memberitahu ABC News’ This Week, beliau merasakan panggilan Trump telah menyeberangi sempadan biasa memisahkan cabang eksekutif dan penyiasat jenayah bebas.

Bharara berkata, beliau telah dipecat selepas enggan mengambil panggilan ketiga.

White House belum mengulas kenyataan Bharara.

Obama melantik Bharara, yang berkhidmat sebagai pendakwa persekutuan di Manhattan, berkata, Trump telah cuba untuk “mewujudkan hubungan” selepas mereka bertemu pada akhir 2016.

Tetapi beliau merasakan ia”tidak sesuai” selepas Trump mengambil alih jawatan.

Wawancara itu dibuat selepas beberapa hari James Comey, Pengarah Biro Siasatan Persekutuan berkata, Trump telah meminta jaminan yang beliau akan setia kepadanya.

Trump pula menafikannya dan menyifatkan Comey dan Bhahara – sebagai “sangat pengecut” kerana mendedahkan membocorkan perbualan peribadi. – MalaysiaGazette