Lelaki yang dikenali sebagai Tan Eng Kian, 36, dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan selepas kejadian pada pukul 7.40 malam.
Menurut bapa mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, anaknya itu tinggal seorang diri di rumah berkenaan.
“Saya hanya mengetahui mengenai kejadian tersebut setelah dihubungi oleh seorang jiran anak,” katanya ketika ditemui di Hospital Parit Buntar di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya tidak dimaklumkan oleh sesiapa mengenai insiden tersebut dan mangsa belum membuat laporan polis.
“Walaubagaimanapun saya telah mengarahkan pegawai pergi ke Hospital Parit Buntar dan doktor yang merawat mangsa mengesahkan mangsa terbakar serta dalam keadaan kritikal,” katanya.
Katanya, mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut dan punca kejadian masih dalam siasatan.
–BERNAMA