KUALA LUMPUR – Jabatan Akauntan Negara Malaysia tidak pernah mengeluarkan emel kepada mana-mana pihak termasuk individu, syarikat atau firma menawarkan perkhidmatan menguruskan Wang Tidak Dituntut (WTD).

Dalam kenyataan di sini, jabatan itu amat kesal dengan menyamaran emel palsu yang menggunakan alamat emel [email protected] bagi menawarkan perkhidmatan untuk menguruskan WTD kepada orang awam.

Susulan daripada itu, Jabatan Akauntan Negara telah mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, jabatan itu juga tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi tujuan menguruskan WTD bagi pihak empunya.

“Jabatan ini ingin menasihati orang ramai agar tidak mempercayai emel palsu tersebut dan berhati-hati mengenai perkhidmatan pengurusan WTD yang ditawarkan.

Orang ramai boleh menghubungi JANM atau melayari laman sesawang www.anm.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai WTD. – MalaysiaGazette