KUALA LUMPUR – Penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH13 dari London ke Kuala Lumpur ditangguhkan sekurang-kurangnya 12 jam disebabkan isu teknikal.
Pesawat itu dijadualkan berlepas pada pukul 10.25 pagi dari London pada hari Isnin dan tiba di Kuala Lumpur pada 6.45 pagi ini.
Menurut Malaysia Airlines, alat gantian tidak ada di London dan sedang diperoleh dari Paris.
“Syarikat penerbangan ini sedang bersama-sama dengan jurutera dari British Airways untuk menangani masalah ini dan akan memaklumkan kepada penumpang masa berlepas yang baru sebaik sahaja masalah teknikal diselesaikan,” kata MAS dalam satu kenyataan.
MAS menjangka kelewatan sekurang-kurangnya 12 jam berikutan perintah berkurung di Lapangan Terbang Heathrow London, selain membenarkan tempoh rehat minimum untuk anak-anak kapal yang bertugas.
Ia juga berusaha untuk emastikan kelewatan itu tidak berlarutan.
Malaysia Airlines berkata, penginapan akan disediakan untuk penumpang, manakala sebahagiannya akan dipindahkan ke tempat duduk yang disediakan atas MH1, yang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow di 9.35 malam, hari Isnin.
Katanya, syarikat itu meletakkan aspek keselamatan sebagai keutamaannya dan kesal dengan kesulitan yang berlaku. – MalaysiaGazette