KUALA LUMPUR – Hasrat untuk berbuka puasa dengan menikmati sup kambing terbantut apabila seorang pembeli mendapati sup kambing berkenaan mengandungi hidung kambing.
Menurut Facebook Anak-Anak Darulaman, pembeli dipercayai membeli sup berkenaan di bazar ramadan untuk santapan berbuka puasa semalam dan terkejut apabila mendapati terdapat hidung kambing dalam juadan tersebut.
Bagaimanapun, lokasi sebenar bazar Ramadan berkenaan tidak pula didedahkan.
“Maqah kawan kita ni beli sup kambing dapat free hidung kambing kiki.. Tah-tah gigi pun ada.. Loklaq aih nak menega pun,” tulis pemilik Facebook berkenaan.
Pelbagai reaksi dirakamkan netizen sebaik mengetahui perkara itu.
Bagi pengguna Facebook bernama Marlia Idayu Kamarul, beliau pastinya terkejut jika berada dalam situasi berkenaan.
“Kalau aku mau terkejut lalu terbalik meja makan tu..nasib die tak senyum kambing..,” komen beliau di entri terbabit.
Malah Qina Akashah Qina turut berkata, hidung kambing mungkin bahan baru dalam mendapatkan awet muda.
“Sup domoi (hidung) kambing depa kata untuk awet muda,” katanya.
Situasi itu turut mendapat kecaman netizen.
“Pengotorlah orang yang memasak sup kambing tu,kita memasak ni biarlah dengan hati ikhlas seperti kita nak makan untuk diri sendiri.
“Kebersihan prlu diutamakn. Islam mnggalakan kebersihan. Kebersihan mncerminknkn keimanan kita,” komen Ja Suria di Facebook.
Bagaimanapun menurut telahan penulis, mungkin peniaga tidak sengaja memasukkan hidung berkenaan dalam sup kambing berkenaan. – MalaysiaGazette.