Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pengeluaran getah asli pada April 2017 menurun 39.2 peratus kepada 48,889 tan metrik berbanding bulan sebelumnya.

Penyumbang utama pengeluaran getah asli adalah dari sektor kebun kecil dengan sumbangan melebihi 90 peratus.

Jabatan Statistik berkata, harga purata bulanan lateks pekat dan getah mutu Malaysia 20 adalah 640.69 sen sekilogram dan 719.25 sen sekilogram, masing-masing berkurang sebanyak 12.5 peratus dan 16.7 peratus daripada Mac 2017.

Pada April 2017, eksport getah asli turun sebanyak 0.1 peratus kepada 59,437 tan metrik berbanding Mac 2017.

Lima destinasi utama eksport getah asli adalah China, Jermany, Finland, Iran dan Amerika Syarikat.

Sementara itu, penggunaan domestik getah asli turun 6.0 peratus kepada 39,243 tan metrik bagi tempoh yang sama, katanya.

Industri sarung tangan getah kekal sebagai pengguna domestik utama dengan penggunaan melebihi 70 peratus.

Menuruy jabatan itu, pada akhir April 2017, paras stok getah asli turun 9.7 peratus kepada 231,698 tan metrik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast