Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain culpable homicide murder assault abetting abetment guilty NDUM National Defence University of Malaysia
Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain

KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada 32 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang direman berhubung kes kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 1 Jun lalu akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta pukul 10 pagi ini.

“Reman 32 suspek pelajar UPNM tamat hari ini. Sebahagian daripada mereka akan dibawa ke Mahkamah Jalan Dita untuk pertuduhan,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad.

Zulfarhan, pegawai kadet, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu, akibat kesan lebam dan melecur pada 80 peratus tubuhnya selepas ditekap dengan seterika wap.

Allahyarham juga dipukul dan diseksa selama dua hari pada 20 dan 21 Mei dengan tali pinggang, hos getah, seterika dan penyangkut baju oleh rakan satu universiti kerana dituduh mencuri komputer riba.

Ekoran kematiannya, polis menahan 36 suspek termasuk empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten). – MalaysiaGazette