Home Dunia Sekatan udara terpakai kepada syarikat penerbangan didaftar di Qatar

Sekatan udara terpakai kepada syarikat penerbangan didaftar di Qatar

RIYADH – Sekatan udara yang dikenakan ke atas Qatar hanya terpakai kepada syarikat penerbangan dari Qatar atau didaftarkan di sana.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.

Sekatan itu melibatkan semua syarikat penerbangan dan pesawat Qatar yang didaftarkan di negara itu daripada mendarat atau transit melalui ruang udara ketiga-tiga negara itu.

Bagaimanapun, sekatan itu tidak diguna pakai terhadap syarikat-syarikat penerbangan dan pesawat yang bukan didaftarkan di Qatar.

Pengecualian itu bagi pesawat-pesawat persendirian dan penerbangan sewa ke atau dari Qatar, yang memerlukan kelulusan transit melalui ruang udara ketiga-tiga negara berkenaan.

Permohonan kebenaran mesti dikemukakan awal 24 jam dan termasuk senarai nama dan warga negara anak kapal dan penumpang, termasuk kargo.

Pihak berkuasa Arab Saudi, UAE dan Bahrain telah menutup ruang udara dari Qatar bagi melindungi rakyat mereka daripada sebarang ancaman.

Secara keseluruhanya, terdapat 18 destinasi di rantau itu yang disekat kepada Qatar Airways, yang pejabat operasinya juga telah ditutup di Arab Saudi dan UAE.

Qatar Airways telah menggesa agensi penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk campur tangan dalam hak ruang udara antarabangsa.

Syarikat penerbangan itu juga menghantar surat kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dalam usaha untuk menyelesaikan pertikaian itu.

Jurucakap ICAO, William Raillant-Clark berkata agensi itu tidak boleh membuat komen serta-merta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast