KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam kebakaran awal pagi Rabu di Grenfell Tower, North Kensington, London.

Namun ia menasihatkan rakyat Malaysian yang hadir atau menetap berdekatan kawasan terlibat dan memerlukan bantuan konsular agar menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London di alamat berikut:

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, London

No. 52, Bedford Row London WC1R 4LR

Tel: +44 207 235 80333

E-mail: [email protected]

“Kementerian Luar menyampaikan simpati yang mendalam kepada mangsa yang terbabit dalam insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut laporan berita, blok apartmen setinggi 27 tingkat itu musnah berikutan api besar yang dipercayai berlaku sebelum 1 pagi waktu tempatan. Lebih daripada 250 anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus menyelamat para penghuni dengan 100 anggota polis dan 100 petugas perubatan turut berada di tempat kejadian.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast