Keadaan bahagian tingkat atas blok pangsapuri Grenfell Tower yang musnah terbakar. foto Agensi

LONDON – Seramai 12 orang disahkan maut dalam kebakaran besar di blok Grenfell Tower dan polis menjangkakan jumlah kematian meningkat.

Lebih 600 orang dipercayai berada dalam pangsapuri setinggi 24 tingkat itu ketika kejadian berlaku awal pagi semalam.

Seramai 18 orang lagi dilaporkan dalam keadaan kritikal dan 79 pula cedera telah dihantar ke hospital.

Polis mendakwa ramai lagi penduduk yang tidak diketahui nasibnya selepas terperangkap di tingkat atas selepas mereka diminta berada dalam kediaman masing-masing.

Penghuni-penghuni yang terperangkap dilaporkan menjerit meminta bantuan, ada yang mencampak anak mereka dari tingkap dan terjun dari tingkat atas.

Ada penghuni yang berjaya dikeluarkan selepas 12 jam terperangkap tetapi jumlah yang selamat tidak dapat disahkan.

Penduduk yang terselamat mendakwa tiada ada bunyi penggera ketika kejadian itu dan diminta terus berada dalam keadaan masing-masing.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan berkata, banyak persoalan berhubung tragedi itu dan memberi jaminan semuanya akan terjawab. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast