KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang dikenal pasti terlibat dalam insiden kebakaran di Grenfell Tower, North Kensington, London pada awal pagi hari Rabu 14 Jun 2017.
Berikutan itu, Wisma Putra menggesa warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan kejadian dan memerlukan bantuan konsular supaya berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.
Warga Malaysia boleh menghubungi atau tampil ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London di alamat 52, Bedford Row London WC1R 4LR atau di talian +44 207 235 8033 atau e-mel [email protected]
Kementerian Luar melahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden ini. – MalaysiaGazette