WASHINGTON – Ketua pertahanan dan diplomatik China dan Amerika Syarikat akan bertermu pada Rabu bagi mengadakan dialog keselamatan yang mana Washington akan memberi fokus terhadap langkah mengekang program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

Rundingan di Washington itu akan melibatkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson dan Setiausaha Pertahanan Jim Mattis serta diplomat tertinggi China, Pesuruhjaya Negara, Tang Jiechi serta Ketua Tentera Pembebasan Rakyat, Jeneral Fang Fenghui.

Ini merupakan sesi pertama dialog Diplomatik dan Keselamatan Amerika Syarikat-China diadakan.

Ia merupakan hasil daripada rangka kerja yang dilancarkan oleh Presiden Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping semasa sidang kemuncak di Florida pada April lalu.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast