Donald Trump

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mempunyai tanggungan liabiliti peribadi sekurang-kurangnya AS$315.6 juta di Jerman, Amerika Syarikat dan peminjam lain pada pertengahan 2017, menurut pendedahan kewangan persekutuan dikeluarkan oleh Pejabat Etika Kerajaan Amerika Syarikat.

Beliau mempunyai kira-kira AS$20 juta dalam pendapatan daripada hotel di Washington yang dibuka di hujung jalan dari White House pada September lalu.

Pendapatan juga meningkat pada Mar-a-Lago, resort Florida yang dikenali sebagai “Winter White House.”

Pendapatan Trump dilaporkan sekurang-kurangnya AS$594 juta pada tahun lalu dan awal tahun ini dengan aset sejumla AS$1.4 bilion.

Dalam pendedahan 98 muka surat yang dipaparkan di laman web pejabat etika itu menunjukkan liabiliti Trump sekurang-kurangnya AS$130 juta kepada Deutsche Bank Trust.

Sebagai contoh, Trump memberitahu, liabiliti kepada Deutsche melebihi AS$50 juta bagi Pejabat Pos Lama, bangunan bersejarah di Washington bersejarah, yang mana beliau telah membuka sebuah hotel.

Trump dilaporkan memiliki liabiliti sekurang-kurangnya AS$110 juta untuk Ladder Capital Corp, pemberi pinjaman hartanah komersial di New York, Los Angeles dan Boca Raton, Florida.

Komponen pendapatan terbesar Trump adalah AS$115 daripada golf resort di Trump National Doral Miami, merosot berbanding AS$132 juta yang dilaporkan tahun lalu.

Pendapatan daripada hotel-hotel dan resort yang lain, sebahagian besarnya kekal stabil.

Hasil daripada Trump Corporation, syarikat pengurusan hartanah beliau, hampir tiga kali ganda, kepada AS$18 juta dan pendapatan daripada Mar-a-Lago meningkat sebanyak 25 peratus kepada AS$37.25 juta.

Kelab persendirian pula meningkatkan dua kali ganda bayaran permulaan kepada
AS$200,000 selepas pilihan raya.

Beliau memperoleh AS$11 juta daripada pertandingan ratu Miss Universe, selepas menjual pertandingan kecantikan itu pada tahun 2015.

Pendapatan daripada The Apprentice jatuh kepada AS$1.1 juta berbanding AS$6 juta pada tahun sebelumnya.

Manakala aset-asetnya melepasi AS$1.4 bilion. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast