BEIJING – Sekurang-kurangnya 26 orang cedera, empat daripadanya parah, apabila penerbangan China Eastern Airlines dari Paris dilanda ribut ketika melalui ruang udara barat daya China, kata media kerajaan.

Kejadian itu berlaku apabila pesawat MU744 dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kunming Changshui di wilayah Yunnan, lapor agensi berita Xinhua.

Penumpang dirawat kerana patah tulang, luka kulit kepala dan kecederaan tisu lembut yang disebabkan bagasi terjatuh.

Kejadian ribut udara itu berlaku dalam tempoh 10 minit.

“Kami merasakan dua kali pergolakan kuat dan tiga kali pergolakan kecil pergolakan. Ia berlangsung kira-kira 10 minit,” menurut berita itu.

Kewarganegaraan mangsa-mangsa yang cedera tidak diketahui lagi.

Pesawat itu selamat mendara pada pukul 9 pagi, sejam lewat berbanding jadual yang ditetapkan. – MalaysiaGazetteR

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast