SINGAPURA – Harga minyak jatuh awal pada hari Isnin disebabkan bekalan yang tinggi walaupun satu inisiatif OPEC mengurangkan pengeluaran bertujuan mengehadkan bekalan mengetatkan pasaran.

Tanda-tanda permintaan goyah mencetuskan sentimen lemah berikutan paras harga berada pada paras sama ketika pengurangan kali pertama oleh OPEC pada akhir tahun lalu.

Niaga hadapan Brent turun AS$0.11 sen atau 0.23 peratus kepada AS$47.26 setong pada 0035 GMT manakala West Texas Intermediate (WTI) susut 0.25 peratus kepada AS$44.63 setong.

Penanda aras bagi kedua-dua harga itu merosot hampir 13 peratus sejak akhir bulan Mei lalu selepas OPEC melanjutkan pengurangan minyak sebanyak 1.8 juta tong sehari sehingga suku pertama tahun depan.

Para pedagang berkata, peningkatan pengeluaran minyak di Amerika Syarkat menyukarkan usaha OPEC untuk mengetatkan bekalan dalam pasaran.

Jumlah medan minyak Amerika Syarikat terus naik, bertambah enam lagi pada minggu lalu.

Sejak 27 Mei 2016, para pengeluar telah menambah 431 medan minyak, kata Goldman Sachs.

Jika jumlah itu kekal, Amerika Syarikat telah meningkatkan sebanyak 770,000 tong sehari antara suku keempat tahun lalu dan suku sama tahun ini di medan minyak syal dekat Permian, Eagle Ford, Bakken dan Niobrara.

Bekalan daripada OPEC dan beberapa negara yang terlibat dalam pengurangan itu seperti Rusia juga masih kekal tinggi kerana tidak mematuhi sepenuhnya perjanjian tersebut.

Terdapat petunjuk bahawa pertumbuhan permintaan minyak di Asia, rantau terbesar dalam penggunaan minyak statik.

Import minyak oleh Jepun jatuh 13.5 peratus pada bulan Mei berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya kepada 2.83 juta tong sehari.

India yang menjadi pengimport minyak kedua pula menyaksikan permintaan menurun sebanyak 4.2 peratus pada bulan lalu berbanding tempoh sama tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast