Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak diiringi Pengerusi SENIMAN, Zed Zaidi (kanan) beramah mesra bersama seniman dan karyawan yang kurang bernasib baik pada Majlis Penyerahan Pemilikan Harta Intelek (IP) kepada empat buah syarikat produksi tempatan di Kompleks Studio Merdeka FINAS, Selangor. foto IQBAL BASRI, 20 JUN 2017.

KUALA LUMPUR – Empat syarikat produksi tempatan hari ini memperoleh pemilikan harta intelek (IP) daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) dalam usaha menggalakkan penerbitan lebih banyak filem berkualiti tinggi.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Pesona Picture Sdn Bhd yang terkenal dengan filem Tanda Putera, Infinite Motion Sdn Bhd yang mengeluarkan filem Oh La La, Tangan Seni Sdn Bhd yang mengeluarkan filem Kanang Anak Langkau dan Funcel Sdn Bhd yang menerbitkan filem 7 Satria.

Majlis penyerahag tersebut disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohd Salleh Keruak.

Seramai 500 penggiat seni turut hadir menyaksikan majlis penganugerahan tersebut yang diadakan semasa program berbuka puasa yang diadakan di Dataran Karyawan Finas.

Langkah pemberian IP ini bertujuan membangunkan platform pemasaran dan pemilikan kandungan oleh produksi tempatan yang telah mendapat pembiayaan penerbitan melalui dana animasi dan tempatan kenegaraan FINAS.

Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut adalah Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Sharifah Zarah Syed Ahmad, Pengerusi FINAS, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob.

Sementara itu, majlsi berbuka puasa yang menghimpunkan penggiat seni terdiri daripada presiden dan ahli persatuan perfileman, karyawan dan penggiat industri, penyiars erta media ini turut bersama-sama menyediakan bantuan Aidilfitri kepada para seniman dan karyawan yang kurang bernasib baik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast