Home Dunia Pelajar koma dibebaskan Korea Utara meninggal dunia

Pelajar koma dibebaskan Korea Utara meninggal dunia

WASHINGTON – Pelajar Universiti Virginia, Otto Warmbier meninggal dunia di sebuah hospital di Cincinnati, menurut keluarganya.

Beliau yang koma dibebaskan selepas 17 bulan berada dalam tahanan di Korea Utara.

Warmbier, 22, yang ditangkap di Korea Utara ketika melancong di negara itu.

Kumpulan doktor yang memeriksa Warmbier minggu lalu mendapati beliau mengalami kerosakan otak yang teruk.

Mereka berkata, Warmbier tidak menunjukkan memahami tanda bahasa atau sedar terhadap persekitarannya dan tidak membuat “pergerakan atau perilaku yang sengaja.”

Keadaan penahanannya di Korea Utara dan rawatan perubatan yang dia terima di sana tetap menjadi misteri.

Bagaimanapun, keluarganya mendakwa keadaan Warmbier menunjukkan dia didera secara fizikal.

“Penindasan yang menyakitkan anak lelaki kami ketika berada dalam tangan Korea Utara melampaui keadaan sedih yang kami alami hari ini,” kata keluarga itu dalam satu kenyataan selepas kematian Warmbier pada pukul 2:20 pagi. EDT (1820 GMT).

Keluarganya berkata, Warmbier koma pada bulan Mac 2016, sejurus selepas dia dihukum 15 tahun kerja keras di Korea Utara.

Dia ditangkap, menurut media Korea Utara, kerana cuba mencuri barang yang mengandungi slogan propaganda.

Korea Utara dalam kenyataannya berkata, negara itu membebaskan Warmbier minggu lepas atas dasar kemanusiaan.

Bapa pelajar Universiti Virginia, Fred Warmbier menyangkal dakwaan Korea Utara bahawa anaknya telah menjadi koma kerana botulisme dan diberikan pil tidur.

Doktor yang memeriksa Warmbier selepas pembebasannya berkata, tiada tanda botulisme dalam sistem tubuhnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast