Nancy Shukri

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdaa Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri yakin Perdana Menteri mempunyai pertimbangan tertentu melantik Tan Sri Isa Samad sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Saya tidak mahu ulas panjang mengenainya, tetapi saya yakin dia (Isa) boleh, berdasarkan kepercayaan Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan 300 lesen kumpulan pemandu teksi dan kereta sewa di pejabat (SPAD) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pelantikan Isa untuk menerajui SPAD selepas meletakkan jawatan dalam Felda FGV.

Menurut Nancy, SPAD mempunyai pengurusan yang baik di bawah pegawai yang terlatih dan yakin tidak ada masalah akan timbul.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, SPAD telah meluluskan lesen memandu teksi kepada 17 pemandu wanita.

Katanya, pengambilan pemandu wanita itu dibuat selepas SPAD menerima aduan daripada penumpang agar turut menyediakan pemandu dalam kalangan mereka.

“Hari ini kita telah terjemahkan permintaan penumpang ini dengan meluluskan lesen pemandu teksi kepada seramai 17 wanita,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast