RIYADH -Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman diangkat bagi menggantikan sepupunya sebagai pewaris takhta kerajaan.
Keputusan yang dibuat Raja Salman untuk mengangkat anaknya yang ketika ini sudah pun menguasai portfolio minyak dan ekonomi disokong oleh 31 daripada 34 ahli Majlis Setia yang terdiri daripada ahli-ahli kanan keluarga Al-Saud.
Dalam titahnya, Raja Salman turut melucutkan jawatan Menteri Dalam Negeri yang disandang oleh Putera Mahkota Muhammad Nayed.
Keputusan tersebut mengesahkan apa yang dikatakan para penganalisa sebagai perebutan kuasa di antara Putera Mohammed yang mengetuai peluasan dasar asing negara tersebut dengan sepupunya.
Pelantikan anak Raja Salman yang turut dikenali sebagai MBS hadir lebih awal daripada jangkaan.-MalaysiaGazette