TOKYO- Harga minyak meningkat hari ini, kali pertama sejak tiga hari lalu selepas simpanan minyak mentah dan gasolin Amerika Syarikat jatuh.
Bagaimanapun, namun para pelabur masih mencari lebih banyak petunjuk hasil daripada pemotongan bekalan oleh OPEC dan beberapa pengeluar lain bagi mengakhiri kemelut selama tiga tahun.
Pasaran menerima khabar gembira malam tadi apabila Menteri Minyak Iran yang mengatakan ahli-ahli OPEC sedang mempertimbangkan pengurangan lebih banyak bekalan.
Harga minyak mentah Brent meningkat 9 sen atau 0.2 peratus kepada AS$44.91 setong pada 0018 GMT selepas menyusut 2.6 peratus pada sesi sebelumnya sehingga merekodkan paras terendah sejak Ogos tahun lalu.
Harga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat meningkat 12 sen atau 0.3 peratus kepada AS$42.65 setong.
Pada Rabu, ia ditutup pada harga AS$42.53 selepas merekodkan paras terendah intraday sejak Ogos 2016.
Harga minyak mentah jatuh sekitar 20 peratus sejak mencatatkan paras tertinggi pada Februari dengan rali sementara sekali gus menjejaskan keuntungan yang diperolehi pada akhir tahun lepas.- MalaysiaGazettte