KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diseru supaya terus menghargai keamanan dan penyatuan yang dinikmati oleh negara ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu perayaan Hari Raya Aidilfitri dijadikan semangat kebersamaan dan toleransi dalam memperkukuhkan perpaduan negara.
“Tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau warna, marilah kita merebut peluang ini untuk berdiri bersatu sebagai satu bangsa.
“Kita perlu terus menghargai dan memupuk usaha-usaha nenek moyang dalam memelihara masyarakat harmoni dan majmuk,” katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Beliau yang juga Presiden MCA berkata, parti itu turut komited memperjuangkan usaha progresif dan sederhana Barisan Nasional bagi menjadikan Malaysia lebih baik, seiring dengan rekod memerintah dengan keamanan dan kemajuan serta memerangi semua perbezaan, tambahnya. – MalaysiaGazette