Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengaminkan doa sebaik menyempurnakan Majlis Penamaan Semula Masjid Jamek Kuala Lumpur dengan nama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad sambil diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (tiga kanan) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kiri) dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri) pada majlis penamaan masjid tersebut di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 JUN 2017.

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini hari ini mencemar duli merasmikan penamaan semula Masjid Jamek kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.

“Beta dengan ini berkenan untuk merasmikan penamaan semula Masjid Jamek kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad,” titahnya.

Baginda diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (lima kiri) berkenan bergambar bersama para menteri dan kakitangan masjid yang turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (empat kiri) dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (lima kanan) pada Majlis Penamaan Semula Masjid Jamek Kuala Lumpur dengan nama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 JUN 2017.

Sementara itu,  Tengku Adnan dalam kenyataannya berkata, langkah penamaan swmula ini sebagai satu inisiatif dalam memelihara khazanah negara yang merupakan salah satu ikon pelancongan di negara ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast