SINGAPURA – Seorang pembantu rumah yang bekerja untuk pasangan warga emas yang dibunuh di flat Bedok pada Rabu lalu dipercayai telah meninggalkan Singapura ke sebuah pulau di Indonesia.

Pembantu rumah, yang dipercayai berasal dari Indonesia, dikatakan telah tinggal bersama pasangan selama sebulan.

Suspek dipercayai terlibat dalam dua kes pembunuhan, yang mana sepasang suami isteri, masing-masing berusia 79 dan 78 tahun ditemui mati di kediaman mereka di bilik berasingan pada petang Rabu lalu.

Shin Min Daily News melaporkan suspek wanita itu dipercayai telah ke Harbourfront Centre pada hari Rabu dan membeli tiket bot untuk keluar dari negara itu.

Berdasarkan maklumat melalui laman sesawang Singapore Cruise, bot berkenaan ditawarkan bagi destinasi ke Batam atau Tanjung Balai.

Pasangan itu, Chia Ngim Fong dan isterinya, Chin Sek Fah disahkan meninggal dunia pada pukul 3.57 petang dan salah seorang dikesan mengalami kecederaan di leher.

Polis turut menemui pisau di tempat sampah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast