REMBAU -Wanita hamil empat bulan antara tiga yang maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Km 229.5 Lebuhraya Utara -Selatan arah utara, berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Ibrahim Shariff berkata kejadian 9.30 pagi itu turut menyaksikan enam yang lain cedera.

Mereka yang maut dikenali sebagai Keng Kim Seng (lelaki/76) , Keng Swee May (perempuan/30) dan Keng Swee Nee (wanita hamil/40). Kesemuanya dari sebuah keluarga.

Dalam satu kenyataan di sini, Ibrahim berkata kemalangan melibatkan sebuah Toyota Camry yang dipandu seorang lelaki dan kenderaan pelbagai guna mewah Toyota Vellfire yang membawa lapan orang.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Camry yang dalam perjalanan dari Ayer Keroh yang berada di lorong paling kanan hilang kawalan lalu bergesel dengan Toyota Velfire yang berada di lorong tengah, katanya

Beliau berkata pergeseran itu menyebabkan kedua- dua kenderaan terbabas ke kiri lebuh raya dan mengakibatkan seorang penumpang belakang Toyota Velfire tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata dua lagi disahkan meninggal dunia di Hospital KPJ Seremban.

Yang cedera pula ialah pemandu Toyota Camry yang mengalami patah kaki serta pemandu dan empat lagi penumpang Vellfire.

“Semasa kejadian, keadaan cuaca cerah dan baik, manakala keadaan trafik tidak sibuk,” kata Ibrahim.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast