KUALA LUMPUR – Kementerian Luar sedang memantau rapi insiden kejadian pelanggaran kereta di Westgate Road di Newcastle, utara England yang berlaku semalam.

Dalam insiden itu, enam orang termasuk tiga kanak-kanak, cedera apabila sebuah kereta terbabas dan merempuh pejalan kaki di Newcastle.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan, setakat kini tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tersebut.

“Rakyat  Malaysia yang menetap di sekitar kawasan tersebut dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” kata dalam kenyataan itu.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan telah memberi maklumat terkini  kepada komuniti Malaysia di sekitar kawasan kejadian tersebut.

Untuk sebarang kecemasan, sila hubungi pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di alamat sementara 52 Bedford Row, London WC1R 4LR, Tel.: + 44 (0) 207 242 4308 E-mel: [email protected]

Kementerian Luar juga bersimpati dengan anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini. – MalaysiaGazette