Mahkamah Agung Amerika Syarikat

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyambut baik keputusan Mahkamah Agung yang membenarkan sebahagian larangan perjalanannya dilaksanakan, yang disifatkan sebagai “kemenangan untuk keamanan negara kita”.

Mahkamah Agung juga membenarkan White House membenarkan sebahagian daripada larangan ke atas pelarian dikuatkuasakan.

Hakim berkata, pihaknya akan mempertimbangkan pada bulan Oktober sama ada polisi Trump itu dilaksanakan atau dimansuhkan.

Trump telah menetapkan larangan selama 90 hari terhadap warga negara dari enam negara Islam dan pengharaman 120 hari ke atas pelarian.

Negara-negara tersebut adalah Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman, yang digambarkannya sebagai “negara keganasan”.

“Sebagai presiden, saya tidak boleh membenarkan orang ke negara kita yang mahu mendatangkan bahaya kepada kita,” katanya.

Trump menambah, larangan itu dikuatkuasakan dalam tempoh 72 jam selepas keputusan mahkamah.

Mahkamah Agung berkata, keputusan tersebut “Secara praktikal, ini bermakna (perintah eksekutif) tidak dapat dikuatkuasakan terhadap warga asing yang memiliki tuntutan bona fide dengan orang atau entiti di Amerika Syarikat.

“Semua warga negara asing lain adalah tertakluk kepada peruntukan (perintah eksekutif)”.

Keputusan itu juga mengatakan ia akan membenarkan pengharaman 120 hari ke atas semua pelarian memasuki Amerika Syarikat dikuatkuasakan, membenarkan kerajaan melarang kemasukan pelarian yang tidak mempunyai “hubungan baik” dengan individu atau entiti Amerika. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast