Home Dunia Qatar sedang jawab 13 tuntutan yang tetap dianggap tidak realistik

Qatar sedang jawab 13 tuntutan yang tetap dianggap tidak realistik

Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani

DOHA – Qatar sedang bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan Kuwait untuk menjawab tuntutan yang dikemukakan oleh negara-negara Teluk.

Krisis antara Doha dan negara-negara Teluk tercetus awal bulan ini apabila Qatar dituduh menyokong keganasan.

Berikutan itu, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, yang juga didakwa sekutu Iran.

Keempat negara itu telah menghantar senarai 13 tuntutan kepada Doha, termasuk menutup televisyen Al Jazeera yang dibiayai kerajaan dan mengurangkan hubungan dengan Iran.

Doha diberi masa 10 hari untuk menjawab tuntutan tersebut, yang dijadual berakhir pada Ahad ini.

Kuwait yang masih mengekalkan hubungan dengan Qatar bertindak sebagai orang tengah dalam krisis tersebut dengan sokongan Washington.

“Mengenai 10 hari untuk menjawab tuntutan itu, kami bekerjasama dengan Amerika dan Kuwait untuk menyediakan jawapan yang tepat,” kata Menteri Luar Negeri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani kepada wartawan di Washington.

Menurut beliau, perundingan itu sepatutnya berada di bawah keadaan yang betul dan Qatar perlu menetapkan syarat-syarat terlebih dahulu untuk meneruskan rundingan tersebut.

Terdahulu, beliau berkata dalam satu kenyataan bahawa Doha bersedia untuk membincangkan “isu-isu sah” dengan negara-negara Arab bagi menamatkan krisis serantau, tetapi senarai itu mengandungi beberapa tuntutan yang mustahil untuk dipenuhi kerana ia tidak benar.

“Kami tidak boleh ‘dikaitkan dengan IS, al-Qaeda dan kumpulan militan Hizbullah kerana tidak ada hubungan seperti itu. Dan, kita tidak boleh ‘mengusir mana-mana pengawal revolusi Iran kerana mereka tidak ada di Qatar,” katanya.

Duta UAE ke Rusia mengatakan Qatar boleh menghadapi sekatan baharu sekiranya ia tidak mematuhi tuntutan itu.

Negara-negara Teluk boleh meminta rakan perdagangan mereka untuk memilih antara bekerja dengan mereka atau Doha, katanya dalam temu bual akhbar.

Sheikh Mohammed dalam kenyataannya berkata, tidak mungkin Doha berhenti melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukannya.

Beliau sebaliknya menyimpulkan tindakan negara-negara Teluk itu bukan untuk menangani isu-isu yang disenaraikan, tetapi untuk menekan Qatar agar menyerahkannya kedaulatan negara itu.

“Ini adalah sesuatu yang tidak akan kita lakukan,” tegas Sheikh Mohammed. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast