KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner pernah melalui pengalaman ngeri apabila dagunya terkoyak semasa menunggang motorsikal ketika beraya.
Akibat daripada insiden itu, beliau sehingga kini fobia menunggang motosikal untuk jarak perjalanan yang jauh.
“Biasalah bila hari raya, selain menziarahi rumah saudara mara, kita mestilah nak ziarahi sahabat handai. Saya pula jenis lasak, jadi suka tunggang motor untuk pergi beraya.
“Tapi nasib tak baik dua kali saya kemalangan dan yang paling teruk sekali dagu saya terkoyak.
“Sudahnya sekarang saya agak fobia tunggang motor. Kalau nak bawa jauh-jauh memang saya tak berapa yakin sangat,” katanya kepada Media Hiburan
Bagaimanapun kata Janna, insiden tersebut tidak menyebabkan beliau serik dan masih menjadikan ziarah-menziarahi sebagai tradisi dan aktiviti wajib setiap kali tiba Aidilfitri.- MalaysiaGazette