AMPANG JAYA- Kehadiran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di Ampang Jaya hari ini dilihat memeriahkan lagi majlis tersebut.
Bagaimanapun, majlis anjuran kerajaan negeri Selangor yang sepatutnya turut mengundang rakyat biasa itu tidak dapat lari daripada mendapat keluhan daripada pengunjung.
“Saya datang dari jauh, terpaksa mengharungi sesak jalan, parking jauh dan kena beratur panjang untuk dapat makan.
“Itu tak mengapalah, ada yang dukung anak kecil, beratur panjang bawah panas, warga emas lagi,” kata salah seorang pengunjung yang enggan dikenali.
Tinjauan mendapati hanya orang kenamaan seperti ahli-ahli politik, jemputan khas yang disediakan meja mencukupi berbanding orang ramai dibiarkan ‘berterabur’ danĀ terpaksa beratur bawah panas terik untuk mendapatkan beberapa cucuk sate.- MalaysiaGazette