Mohamed Azmin
Mohamed Azmin Ali

AMPANG – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata, penstrukturan Pakatan Harapan (PH) akan diselesaikan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Tambahnya, mesyuarat yang berlangsung bagi menentukan hala tuju PH sebelum ini telah diputuskan oleh majlis presiden PH yang membincangkan tentang persediaan menghadapi PRU disamping kepimpinan baru PH.

“Saya tidak terlibat dalam mesyuarat lepas kerana mengerjakan umrah tetapi saya dimaklumkan Presiden parti (Wan Azizah) bahawa proses perbincangan ini berjalan dengan baik.

“Struktur Pakatan Harapan bukan sahaja dari segi perjawatan tetapi persiapan semua parti dari segi manifesto dan kerusi.

“Boleh diselesaikan secara baik. Deadline sehingga PRU-14. Sekarang mood hari raya, selesai syawal boleh kemukakan struktur yang jelas termasuk perkara-perkara berkaitan PRU-14

Azmin hari ini hadir bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Selangor di Ampang. – MalaysiaGazette