Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak naik pada hari Isnin, disokong oleh kejatuhan pertama dalam aktiviti pengerudian di Amerika Syarikat dalam beberapa bulan, walaupun peningkatan pengeluaran daripada OPEC.

Niaga hadapan minyak mentah Brent menambah AS$0.06 sen atau 0.1 peratus kepada AS$48.83 setong pada 0137 GMT (9.37 p.m. ET), selepas melompat lima peratus minggu lalu untuk memperoleh keuntungan pertama dalam tempoh enam minggu.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) meningkat naik sebanyak AS$0.15 atau 0.3 peratus kepada AS$46.19 setong selepas keuntungan lebih daripada tujuh peratus minggu lepas daripada paras tekanan.

Para pedagang berkata, harga minyak Amerika Syarikat lebih kuat berbanding Brent selepas aktiviti pengerudian syal jatuh buat kali pertama sejak Januari.

Sentimen untuk penanda aras Brent global lebih lemah kerana peningkatan output dari Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

“Buat pertama kalinya dalam masa 23 minggu, aktiviti gerudi di Amerika Syarikat jatuh, turun 2 hingga 756,” kata bank ANZ pada hari Isnin.

Bagaimanapun, kata ANZ kegembiraan ini mungkin terganggu oleh berita pada hujung minggu dengan pengeluaran minyak Libya mengatasi rekod lain.

Walaupun jatuh, jumlah operasi rig gas dan minyak masih beroperasi masih melebihi dua kali ganda 341 rig pada minggu yang sama tahun lalu, menurut firma perkhidmatan tenaga Baker Hughes Inc.

Pengurangan penggerudian di Amerika Syarikat untuk pengeluaran baharu dipenuhi oleh kenaikan pengeluaran daripada OPEC pada bulan Jun, meningkat sebanyak 280,000 tong sehari kepada anggaran tertinggi 2017 sebanyak 32.72 juta tong di sebalik mengurangkan bekalan dalam usaha mengekang lebihan pasaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast