USS Stethem belayar sejauh 12 batu nautika dari Pulau Triton. foto AFP

WASHINGTON – Sebuah kapal perang Amerika Syarikat telah berlayar dekat dengan pulau yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

USS Stethem belayar sejauh 12 batu nautika dari Pulau Triton, yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Paracel.

Pulau kecil itu juga dituntut oleh Vietnam dan Taiwan.

China menyifatkan langkah Amerika Syarikat itu sebagai “provokasi politik dan ketenteraan yang serius” dan berkata, ia akan mengambil “semua cara yang perlu untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara”.

Operasi yang disebut “kebebasan navigasi” berlaku hanya beberapa jam sebelum Presiden Donald Trump membuat mengadakan panggilan telefon dengan rakan sejawatnya, Xi Jinping.

Inilah operasi kedua yang dilakukan semasa pentadbiran Trump.

Pada bulan Mei, USS Dewey berlayar kurang dari 12 batu nautika dari pulau tiruan yang dibina oleh China yang dikenali sebagai Mischief Reef, yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Spratly.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis beberapa hari kemudian berkata, Amerika Syarikat tidak akan menerima ketenteraan di pulau buatan China di rantau ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast