LAS VEGAS  – Nevada menjadi negeri kelima di Amerika Syarikat yang membenarkan penjualan ganja secara terbuka bagi tujuan rekreasi pada Sabtu lalu.
Walau bagaimanapun, penjualan bahan tersebut diperketatkan kepada yang berumur 21 tahun ke atas untuk kegunaan di rumah dengan syarat memiliki kad khas bagi tujuan pengambilannya.
Tengah malam mengjelang Sabtu lepas, ratusan orang beratur di Essence Cannabis Dispensary, di Las Vegas Strip sambil bersorak ketika pintu pusat jualan dibuka sebagai tanda meraikan langkah menghalalkan ganja oleh kerajaan.
Label ‘halal’ ini merupakan langkah yang diambil selepas Colorado, Oregon, Washington dan Alaska yang terlebih dahulu memberi fokus kepada penggunaan ganja dalam bidang perubatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast