Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani

DUBAI – Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, tiba di Kuwait pada hari Isnin untuk menyampaikan maklum balas terhadap 13 tuntutan Arab Saudi dan sekutunya.

Antara tuntutan itu ialah menutup operasi al Jazeera dan menutup pangkalan tentera Turki.

Sebelum ini, Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu bersetuju untuk melanjutkan tempoh 48 jam kepada Doha untuk mematuhi senarai 13 tuntutan itu.

Negara-negara Teluk itu telah memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Qatar pada 5 Jun lalu selepas menuduh Doha menyokong keganasan dan mempunyai kaitan dengan Iran. – MalaysiaGazette