KUALA LUMPUR – Pesawat AirAsia X yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dilencongkan ke Brisbane, Australia selepas dipercayai dilanggar burung pada pukul 10.20 malam.
Kejadian itu berlaku selepas pesawat D7207 berlepas dari Lapangan Terbang Gold Coast.
Pesawat itu yang membawa 345 penumpang dan 14 anak kapal mendarat dengan selamat pada pukul 11.33 malam.
Dua bangkai burung ditemui di landasan di Lapangan Terbang Gold Coast.
“Kami mengikuti semua garis panduan peraturan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan penumpang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail dalam satu kenyataan.
Benyamin berkata, AirAsia X akan mengatur penerbangan khas untuk membawa balik semua penumpangnya yang terlibat ke Kuala Lumpur secepat mungkin. – MalaysiaGazette