SHANGHAI – Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan 89 cedera dalam letupan paip gas di timur laut China, agensi berita rasmi Xinhua.

Ia merupakan kejadian kedua pada minggu ni.

Letupan berlaku sekitar 2.45 petang waktu tempatan (0645 GMT) hari Selasa di bandar Songyuan di wilayah Jilin.

Nahas berlaku ketika para pekerja sedang membaiki saluran paip yang bocor.

Punca letupan sedang disiasat.

Xinhua melaporkan letupan di Songyuan itu hampir sama dalam kejadian di wilayah Guizhou, pada Ahad lalu yang menyaksikan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh di talian paip gas yang dikendalikan oleh China National Petroleum Corp. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast