Gambar hiasan

LONDON – Harga minyak dunia berlegar sekitar AS$50 setong berikutan tanda-tanda pengeluaran minyak syal Amerika Syarikat semakin perlahan.

Penanda aras antarabangsa Brent didagangkan pada paras AS$49.61 setong manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS$47.08 setong.

Kontrak dagangan bagi kedua-dua penanda aras minyak itu rendah pada awal sesi berikutan pedagang bercuti menjelang Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat pada 4 Julai.

Brent juga menghadapi rintangan untuk lepasi paras AS$50 setong, kata pedagang.

Meskipun begitu, tinjauan pasaran telah berubah.

Pada akhir bulan Mei dan sebahagian besar bulan Jun merupakan tempoh sangat lemah bagi pasaran minyak apabila output Amerika Syarikat meningkat dan keraguan bertambah ke atas kemampuan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk mengurangkan pengeluaran bagi mengawal lebihan bekalan.

Tetapi sentimen mula beralih ke arah akhir bulan Jun apabila data menunjukkan penurunan dalam pengeluaran minyak Amerika Syarikat dan sedikit kejatuhan dalam aktiviti penggerudian untuk pengeluaran baru.

“Hakikatnya, harga tidak ditentukan di bawah tekanan yang ketara terhadap titik akhir kepada sentimen peralihan.

“Ini mungkin berkaitan dengan ‘tangan-tangan’ yang telah ditarik keluar dari pasaran sekarang,” kata Commerzbank.

Harga minyak naik dalam beberapa hari in walaupun pengeluaran OPEC mencecah paras tertinggi 2017 sebanyak 32.72 juta tong sehari pada Jun, menurut kajian Reuters.

Usaha OPEC untuk mengimbangi pasaran terjejas oleh kenaikan pengeluaran oleh Libya dan Nigeria.

Libya menghasilkan kira-kira sejuta tong minyak mentah – empat tahun tertinggi.

“Kami melihat pemulhan harga minyak pada separuh kedua tahun ini berbanding paras semasa dengan penurunan pengeluaran OPEC, kelembapan pertumbuhan bekalan global dan permintaan kukuh bermusim telah memacu harga,” kata BMI Research.

Walau bagaimanapun, katanya, penambahan penawaran jumlah besar akan mengekalkan harga pada tahun 2018. – MalaysiaGazette