KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Korea Utara yang telah melancarkan peluru berpandu balistik pada 4 Julai lalu.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra mendakwa ia satu pencabulan yang jelas terhadap resolusi-resolusi tersebut menjejaskan rejim pelucutan dan ketakcambahan senjata nuklear secara serius.

“Tindakan Korea Utara ini akan mengeruhkan lagi situasi yang sedia tegang di Semenanjung Korea.

“Dalam hal ini, Malaysia menggesa Korea Utara supaya memenuhi obligasi antarabangsa demi kepentingan keamanan dan keselamatan antarabangsa,” kata kenyataan itu hari ini.

Malaysia juga menyeru supaya dialog dan rundingan diadakan semula antara Korea Utara dengan pihak-pihak berkaitan, untuk mencari penyelesaian secara aman terhadap situasi di Semenanjung Korea. – MalaysiaGazette