KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan May, Mus masih belum menunjukkan sebarang perubahan sejak dimasukkan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), sejak malam Isnin lalu.

Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din yang mengalami demam panas sejak Jumaat lalu hingga menjadi sawan dan dikejarkan ke HKL pukul 9 pagi semalam.

Pada awalnya, penyanyi terbabit berada dalam keadaan separa sedar dan diletakkan di bawah zon kritikal.

isterinya, Suraya Bahari memaklumkan pihak hospital terpaksa meletakkan suaminya dalam keadaan koma dan ditempatkan di ICU berikutan terlalu banyak meracau,

“Dia masih lagi koma. Cuma, hari ini doktor ada melakukan ujian MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) dan memasukkan darah,” kata Suraya kepada pihak media.

Kata Suraya, keputusan terkini mengenai masalah sebenar dialami suaminya akan diketahui dalam masa terdekat ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast